Tuesday, October 25, 2016

DONE

Assalamualaikum. Fuh, I'm back . Aku dah lama tak update apa-apa entry dalam blog ni sebenarnya. So, harini aku terdetik nak search blogspot.com, sign-in, check comment, then buat entry baru iaitu ini. Memandangkan sekarang tengah cuti sem. Apa ? Cuti sem ? Seronok kan ? At least aku ada masa nak update entry baru, godek-godek blog bloggers lain. So sekarang aku kat Raub. Home sweet home. Aku sampai pukul 2 pagi tadi . OKAY penat . Sepatutnya dari Kuala Pilah nak ke Raub lbih kurang 4 jam, tapi kakak aku pulak suruh ambil dia kat airport. Nak nangis boleh? Penat tau . Apa-apa pun, weolls dah sampai Raub dah pun. Alhamdullilah .


Semester 3 adalah semester yang agak memenatkan. Actually semester yang lepas pun penat jugak . Soalan final baru-baru ni pun agak mencabar. So i'm just hoping for the best. Tawakkal okay . Tawakkal itu penting . Okay aku nak sedapkan hati aku. Semester 3, makin banyak code yg related dengan course aku which is microbiology. Semester ni juga, aku banyak kenal-kenal , berkawan dengan banyak jenis bacteria-bacteria yang baru. Hahahaha, jenis-jenis bacteria ni lah yang aku rasa macam nak menangis bila time menghafal. Tapi alhamdullilah, dah lepas dah pun semua benda-benda tu. Okay tawakkal okay. Tengok , aku sedapkan hati aku lagi. Aku banyak buat benda baru ? contohnya .. Awal-awal sem dulu, aku macam tak aktif sangat. Petang-petang pun duduk dalam bilik je, study ? kot. Oh ! sebab kebanyakan lab aku habis petang . So terus balik bilik . Takde masa.

                                                                         TAK !

Sebenarnya, ada je masa even sibuk mana pun kau. Kawan aku tiap petang turun main basketball lepas habis class, lab . Tengok ? Itu la gaya hidup aktif . Okay aku tengah menyedarkan diri aku sendiri. Oh ye, tapi akhir-akhir sem ni aku macam aktif sikit . Sikit je . Haahahaha. Aku sewa basikal dengan roommate aku , then kitorang merayau satu  kampung luar UiTM which is sangat MENYERONOKKAN! Then aku ketagih, setiap petang aku nak main basikal . Sampai roommate aku malas nak layan . Shian kan ? So far, aku cuma sampai hujung kampung Beting je. Actually, dari sem 1 lagi aku nak pergi jalan-jalan sampai hujung kampung. Tapi, yelah agak jauh. Banyak kambing pulak tu . Sekali kena culik dengan kambing-kambing tu ? Nak? Hahahaha


Muka aku yang excited 


Nak tahu perkara yang lebih menyeronokkan ? aku baru tahu dekat hujung kampung tu ada jeram. Berdekatan dengan kampung orang asli. Lagi la aku berkobar-kobar nak berbasikal sampai sana. Takpe sem depan aku kena cari geng nak naik situ . Oh excited ! Hahahaha. Semester ni jugak aku pergi short-trip ke Port Dickson . Yang pasal ni aku update dekat entry lain maybe. InsyaAllah.


See, cepat je masa berlalu. Semester 3 pun dah habis. isk isk .

until then, bye












No comments: