Tuesday, April 18, 2017

Rumah Manis Rumah

Assalamualaikum, Hi Hiiii . Ya Allah, lamanya sis tak update. Bersawang dah blog ni. Okay pengunaan term "bersawang" menunjukkan yang aku dah lama tak update benda alah ni . Sebab haritu aku ada terbaca dekat twitter, ada makhluk Allah ni dia bising macam ni "Apehal lama tak update Twitter tapi tweet :  Alahai lama tak tweet, dah bersawang twitter" Bro, Biaq pi diaaa laaaa.Tu dia nak cakap yang dia dah lama tak update twitter, tapi bukan bersawang betul betul pun. Haish, manusia..Tu pun boleh complain 



Yay cuti sem. Aku dah ada kat rumah. Rumah Manis Rumah (Home Sweet Home) Okay ada yang lagi best cuti sem 5 BOLANNNN ! Okay tu tak best sebenarnya . Lama ngatt. Serious, mereput la i duduk rumah. And.. serious, cepat sangat masa berlalu. Sem depan dah part 5. Lepastu grad.. InsyaAllah. Aku terbaca la entry aku yang lepas, hahaha masyAllah, kuat betul sembang. Konon la nak update blog ni selalu. Tapi yelah, manusia hanya mampu merancang. Tak tipu sem ni aku sibuk sangat. Kadang-kadang aku jeles dengan blogger lain yang boleh update blog diorang setiap hari without fail . Hah gitu.. Cuti kali ni, aku cuba update dengan hensemnye setiap hari, without fail. hehehehe 

Alhamdulillah, sem 4 dah habis. Sekarang aku tengah tunggu result. Macam biasa, soalan final setiap sem agak mencabar. Bukan agak ye rakan-rakan, tapi memang. Apa-apa pun dah lepas, tawakkal itu penting. Relax. Sepanjang sem 4 ni, hidup aku sangat lah tidak aktif. Selalunya, kat UiTM aku sewa basikal, ronda-ronda dekat kampung luar. Tapi sem ni, aku tak sure kenapa pihak kolej boleh pulak stop kan sekejap aktiviti menyewa basikal ni. Sis is sedih waktu tu, rasa nak carut je. Tapi tak carut lagi. Rasa je. Maybe, sebab banyak sangat student bawak basikal then accident. Bukan accident yang tengah bawak basikal, then ada kereta langgar dari belakang. Tengah sedap sedap kayuh, lepastu terjatuh sendiri. Ada yang sampai patah tangan ya rakan-rakan. Dari sem lepas lagi aku nak pergi jeram kat kampung luar UiTM ni, tapi tulaaa. Kalau takde basikal, macam mana nak pergi. Sedih sedih.

 Haritu aku naik teksi sorang pakcik ni dari pekan Pilah, nak balik kolej. Well, baru lepas berjimbaaa. Takdela. Tengok tengok ada la wife pakcik tu kat dalam kereta. Macam kenal, sebab haritu aku beraya ke rumah dia waktu part 1 dengan housemate . Memandangkan pakcik tu memang duduk kat area kampung luar UiTM .. so aku tanya lah pasal jeram tu, best ke idok, ada apa je kat situ, dalam hutan sangat ke, ada mall ke kat situ. Okay ni tipu. Then,  Makcik tu cakap " Seronok dik pergi jeram kat situ, tapi kalau boleh ajakla kawan lelaki pergi sekali, jangan perempuan je. Kat situ banyak ULAR dik, ULAR dia besar besar dik " Almost macam tu lah dia cakap.  Lepas je aku dengar makcik cakap macam tu, u know.. betapa remuknya hati aku. Aku fobia la dengan haiwan berbisa tu. Ya Allah, geli diaaaaaa. Aku boleh nangis histeria. Tapi nampak la makcik tu macam tak bagi je aku pergi jeram tu, sebab bahaya kot? Tapi itu tidak mematahkan semangat aku . Aku still nak pergi je, insyaAllah, sem depan mungkin? hehehehe. 

Anyway, sebenarnya banyak lagi aku nak update. Yada Yada Yada, tapi aku ngantuk. Bila ngantuk, kita kena tidur. Okay? 

Until then, Bye fellas 












No comments: